Adakah pensyarah anda berBudi bahasa?

View previous topic View next topic Go down

Adakah pensyarah anda berBudi bahasa?

Post  GTH on Fri Apr 25, 2008 5:33 pm

Sejak dari kecil kita di dedahkan oleh orang tua kita bahwa kita harus berbudi bahasa. Kita juga pernah melihat slogan "Budi Bahasa Budaya Kita". Bahasa ni menunjukkan jiwa bangsa. Jika kita berbudi bahasa, orang lain akan senang dengan kita. Budi bahasa juga berkaitan dengan sikap menghormati. Jika kita mahu orang lain menghormati kita, kita terlebih dahulu harus menghormati orang lain. Gunakan lah budi bahasa yang baik dalam pergaulan anda, tidak kira anda pelajar, pensyarah atau berpangkat. Budai bahasa bukanlah melihat kepada siapa atau apa kedudukan anda tetapi bagaimana anda bertindak atau berinteraksi dengan orang lain.

Setelah kita berbincang panjang mengenai budi bahasa, timbul satu persoalan disini iaitu senario budi bahasa dikalangan pensyarah di politeknik Kota Kinabalu. Anda (pelajar), apa pandangan anda mengenai budi bahasa dikalangan pensyarah? andakah anda berpuas hati atau sebagainya? apa komen anda?

Senario 1: Seorang pelajar masuk ke bilik pensyarah untuk berjumpa atau menghantar tugasan. Tiba-tiba seorang pensyarah berkata " Hei, yang kamu terkial-kial seperti monyet tu nak cari apa?"

Senario 2 : Seorang pelajar masuk ke bilik pensyarah untuk bertanya mengenai pensyarah A, kepada salah seorang pensyarah. Pensyarah tersebut menjawab " hei apasal kamu tanya saya, kalau dia tak de disini, tak payah lagi nak tanya-tanya saya. Dia memang tak de".

Senario 3 : Seorang pelajar sakit dan terlepas kuiz. Pelajar ini berjumpa kepada pensyarah untuk mengambil kuiz. Pensyarah ini berkata " Hei, apa sal tak datang semasa kuiz? kamu ni menyusahkan saya.

Senario 4: Pelajar bertanya kepada pensyarah kerana tidak faham semasa pengajaran di dalam kelas. Pensyarah tersebut berkata, " hei, apasal kamu ni bangang betul? ini pun tidak tau?...

senario 5 : Pelajar ingin membuat pengesahan mengenai sijil kepada seseorang pensyarah. pensyarah tersebut berkata " Mana otak kamu ni, kamu ingat saya ni tempat pengesahan?

Senario 6 :......

Mungkin anda pernah mengalami situasi seperti yang disebutkan diatas. Atau pun situasi yang lain tetapi merangkumi budi bahasa. Apakah komen anda?? adakah anda menyukai sikap tersebut? Jika anda pernah mengalami situasi seperti dalam SENARIO 1, SENARIO 2, SENARIO 3....... anda boleh berkongsi dengan meletakkan senario anda seperti dalam forum ini.
avatar
GTH
Admin

Number of posts : 5
Age : 36
Location : Malaysia
Registration date : 2008-03-29

View user profile http://helley.forumn.org

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum